Ahlan Bikum!

Sunday, February 20, 2011

PERPINDAHAN WEB ISMA SARAWAK KE LAMAN WEB BARU

TERIMA KASIH KERANA MENGIKUTI WEB ISMA SARAWAK

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, WEB ISMA SARAWAK TELAH BERPINDAH KE

WWW.ISMASARAWAK.COM

SILA LAH LAWATI LAMAN WEB INI

UNTUK INFO TENTANG ISMA SARAWAK

Monday, January 17, 2011

HERO to ZERO

Aktiviti terbaru ISMA Sarawak kali ini ialah "Hero to Zero".Ianya menampilkan suatu perubahan yang baru pada tahun ini. Terdapat juga pakej- pekej ekslusif yang diselitkan sekali dalam seminar tersebut.

Ayuh! kita rebutkan peluang yang ada ini dengan menyerlahkan ke-hero-an anda dengan menghadiri Seminar "Zero to Hero"!!

(UNTUK MAKLUMAT SEKALIAN LAMAN WEB http://ismasarawak.blogspot.com/ AKAN BERTUKAR KE LAMAN TERBARU IAITU www.ismasarawak.com. HARAP MAKLUM)




Friday, January 14, 2011

KONVENSYEN

Konvensyen ini adalah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Dirasmikan oleh : YB Dr. Hj Mohd Puad b Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Tarikh :29 Januari 2011 (25 Safar 1432 Hijrah )

Tempat :Universiti Teknikal Malaysia MelakaDurian Tunggal, Melaka

Yuran :Dewasa / Bekerja - RM 50
Mahasiswa - RM 20

Objektif

• Memberi gambaran keutuhan jatidiri Masyarakat Melayu yang telah membina sebuah tamadun yang gilang-gemilang dan kerajaan yang mendapat pengiktirafan seluruh dunia

• Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat bagaimana proses penjajahan telah merungkai jatidiri dan agenda perjuangan bangsa Melayu.

• Memberikan cadangan penyelasaian permasalahan jatidiri umat Melayu Islam di negara ini bagi membolehkan mereka menjadi menjadi bangsa yang unggul semula.

Saturday, November 6, 2010

Tinggal beberapa hari lagi - Ferdaus Tahar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkahi dan baik.

Doa-doa Kita untuk dipertemukan dengan bulan Ramadhan, bulan Rahmah dan Keberkatan telah dimakbulkan Allah dan kita telah jauh meninggalkan bulan keberkatan itu.

Kita maklum dengan kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan, adakah kita maklum dengan kelebihan 10 hari terawal Zulhijjah?



Ada Apa Dengan Zulhijjah?

“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.
Para sahabat baginda bertanya, "Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)?"
Ujar Baginda, "Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)” [HR Bukhari]

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. [HR Ahmad]

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.




Apakah yang baik dilakukan pada 10 hari yang hebat ini?

Saya menyenaraikan 10 perkara!

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. Puasa ini adalah bagi mereka yang tidak berwuquf di padang Arafah.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”. Di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

p/s: Sori terlebih panjang sudah.. Hehe. Tabung Qurban dan sedekah di Gaza, Palestin akan ditutup 4 hari sebelum hari raya Qurban. Bolehlah menghubungi mana-mana wakil untuk urusan borang dan transaksi jika berminat =)

Selamat beramal dan doakan saya =)

Ferdaus Tahar
Penyelaras Projek Qurban di Gaza
ISMA Eropah
Sekretariat Luar Negara Aman Palestin

Tuesday, October 12, 2010

Sekitar DASAR 3

Pada 9 dan 10 Oktober baru-baru ini, ISMA Sarawak telah menganjurkan program Daurah Sarawak, atau singkatannya DASAR buat kali yang ke-3. Program telah diadakan di Dewan Seminar Pejabat Hikmah Kuching dengan dihadiri oleh kira-kira 40 peserta lelaki dan 40 peserta wanita dari pelbagai institusi termasuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), UiTM Kota Samarahan, Swinburne University, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) dan beberapa ikhwah akhawat pekerja.

DASAR kali ini menampilkan Ustaz Anwar bin Soleh sebagai penceramah. Beliau merupakan ahli jawatankuasa HRD ISMA Pusat dan Yang di-Pertua ISMA Daerah Hulu Langat. Pengisian beliau yang begitu bersemangat dan santai banyak menekankan kepentingan tarbiyah dan amal Islam dalam membentuk generasi qur`ani dan masyakarat Muslim. Selain itu, program turut diisi dengan slot latihan dalam kumpulan (LDK) yang membincangkan permasalahan dan strategi dakwah di IPT masing-masing dan slot riadhah. Program tamat pada hari Ahad kira-kira jam 12 tengah hari.


Sebahagian daripada peserta yang fokus mendengar pengisian




Antara ikhwah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu yang turut hadir


Peserta menerangkan hasil perbincangan masing-masing dalam LDK



Tidak ketinggalan ikhwah KSKB turut berkongsi idea


Wakil Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS siap dengan strategi masing-masing


Aktiviti santai LDK diharapkan dapat mencambah idea-idea baru


Kembali untuk pengisian pada sebelah malam


Pengisian terakhir daripada Ustaz Anwar Soleh


Ikhwah menyanyikan lagu tema pembakar semangat


Pengerusi bekerja keras memastikan kelancaran program tidak terganggu

Adalah diharapkan agar Daurah Sarawak (Dasar) kali ke-3 ini dapat memberikan cetusan idea baru, melebarkan fikrah ikhwah, dan meninggikan tsaqafah dakwah para peserta. Sehingga berjumpa lagi dalam Dasar yang seterusnya!

Disediakan oleh:

Ahmad Hisyam b Sabrani

Thursday, October 7, 2010

Ceramah Perdana Aman Palestin


16 Oktober 2010, bakal diadakan Ceramah Perdana Aman Palestin bersempena dengan Pembukaan Pejabat Aman Palestin Cawangan Sarawak yang terletak di Matang Jaya. Siri ceramah ini menampilkan dua penceramah, iaitu Puan Hajah Hasimah bt Salleh, Perunding Aman Palestin Berhad dan Ahli Lembaga Amanah Aman Palestin Berhad, dan penceramah kedua, Tuan Haji Zaini b Awang, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan dan Dana. Beliau juga terlibat sepenuh masa dalam Aman Palestin sebagai Pengarah Projek dan Latihan. Antara aktiviti-aktiviti lain yang bakal menarik pengunjung ialah Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh I-Medik pameran barangan dan jualan. Jadi apa tunggu lagi? Hadirkan diri selepas Maghrib di Masjid At-Taqwa, Kampung Pinang Jawa, Matang, Kuching.


Tuesday, October 5, 2010

Sekitar Jamuan Idulfitri ISMA

Pada 26 September 2010 yang lepas, ISMA Sawarak telah mengadakan satu majlis Jamuan Idul Fitri bagi meraikan hari yang lebaran yang mulia bersama-sama dengan pimpinan dan ahli-ahli ISMA Sarawak. Majlis ini telah diadakan di Dewan Suarah Kota Samarahan bermula pada jam 4 petang sehingga jam 9 malam. Aktiviti bermula seawal jam 4 petang sesudah solat asar dengan penyediaan barang-barang untuk BBQ. Bagi melancarkan aktiviti program, beberapa orang peserta telah ditugaskan untuk menguruskan BBQ. Peserta yang tidak terlibat dengan aktiviti masakan telah mengadakan ta’aruf ringkas dan disusuli dengan aktiviti lakonan ringkas. Manakala peserta muslimat pula menguruskan aktiviti NAZIM di dalam dewan. Selepas solat maghrib, majlis secara rasminya dibuka dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis dan disusuli dengan ucapan dari Ustaz Nazri selaku YDP ISMA Sarawak. Setelah tamat ucapan daripada Ustaz Nazri, semua hadirin yang hadir dijemput untuk menjamu selera. Dalam masa yang sama, majlis diteruskan dengan aktiviti seperti cabutan bertuah, persembahan daripada kanak-kanak dan persembahan nasyid dari kumpulan I-Medik (terdiri daripada ikhwah perubatan Unimas). Majlis ditutup dengan sesi bergambar bersama-sama untuk kenang-kenangan dan majlis tamat pada jam 9 malam.



Sebahagian aksi ikhwah semasa BBQ



Gambar kenangan Jamuan Idul Fitri 2010
ISMA Cawangan Sarawak


Disediakan oleh,

Mohd Hanif Bin Mohd Shaidi

Setiausaha Jamuan Idul Fitri 2010